salam...
update yg mgkn agak kusam arini. tiada keceriaan di diri. tiada jgk cerita ceriti pasai baby. baby, nnti update lg skali mmy cita pasai baby ye. u make me feel better. weeee~ senyum sket utk baby mummy yg comeyyy tuh.... ;) *camna la rupa anak mummy ni... ;)*
bulan october. kalau bln october taun 2010 baru lepas penat konvo, sibuk ngan nak betunang. october 2011 plk...sibuk la ngan nak menikah.. penat tak terkira la kiranya 2 taun sebelum ni. taun ni, october yg sibuk ngan barang2 baby kan.
3 taun berturut2... ujung taun ada saja perkara terindah berlaku dalam idup aku. hidup aku la. adakah yg terindah utk aku tu terindah jugak utk dia? hanya Allah tau apa yg terbuku di hati kita kan.
Astagfirullahalazim. Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah...andai aku terleka dengan segala nikmat perasaan bahagia yg telah Engkau berikanku. Ampunkan aku,Ya Allah di atas kelalaian aku selama ini..
Sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengetahui. Aku bersyukur padaMu yg telah membuka pintu atiku, mencelikkan mataku melihat kebenaran, tersedar dari terus leka dengan bahagia yang Engkau pinjamkan padaku.
Syukur padaMu Ya Allah kerana Engkau berikan aku dugaan ini. walaupun berat terasa tak tertanggung, namun Engkau Maha Mengetahui.. Stiap ujian yg Engkau berikan padaku, pasti padaMU jua aku bergantung meminta pertolongan. Sesungguhnya Engkau tidak akan menguji hambaMU lebih dari yg mampu ditanggung...
surah Al-Baqarah2:286...
"Allah tidak membebani sesorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Ya Rabb, aku bersyukur...ujian yg Engkau berikan kali ini membuatku sedar betapa luasnya kasih sayangMU padaku. Syukur Ya Allah, kerana menyayangiku. sesungguhnya aku malu di atas segala dosa2ku Ya Allah. Tiada kasih sayang sehebat kasih sayangMU pada hambaMU. Sesungguhnya aku mengerti setiap kasih sayang yg hadir dalam jiwa kami adalah milikMU. pinjaman dunia semata-mata. Aku memohon padaMU ya Allah, andai ini ujian utk menguji keimananku, maka Kau kuatkanlah hatiku. Engkau bantulah aku Ya Allah...
Ya Allah...
Gantikanlah kepedihan yang aku rasa ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan ini awal kebahagiaan dan sirnakan rasa takut ini menjadi tenteram.
Ya Allah..
Dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan dan padamkan bara jiwaku ini dengan keimanan padaMU ya Rabb.
semoga kasih sayang yg diberikan adalah ikhlas kerana Allah Taala.
semoga masjid yg kita bina sentiasa dirahmati olehNYA.
Semoga Allah makbulkan doamu wahai suami
rindu betui ngan air mata bahagia ni.
^,_^
"Ya Allah, jika suamiku ini pilihanmu di Arash, berikan aku kekuatan utk bersamanya.
sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membawaku ke JannahMu, kurniakan sifat kasih dan redha ats segala perbuatannya, limpahkan aku dgn sifat taat pd perintahnya.
Ya Allah, sekiranya suamiku ini adalah terbaik untukku diduniaMU, peliharalah tingkah laku serta kata2 dari menyakiti perasaannya serta berilah aku kesabaran utk menghadapi kerenah dan ragamnya.
Tetapi Ya Allah... jika suamiku ini ditakdirkan bukan untukku seorang, tunjukkanlah jalan terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu. Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMU, tunduk dgn nafsu yg melalaikan, limpahkan lah kekuatan padaku utk terus membimbingnya dan perbetulkan smuanya.
Ya Allah, Kau juga Maha Mengampuni kesilapan dan keterlanjuranku, Engkau Maha Mengetahuii apa yg terbaik buatku. Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai.
Sekiranya aku lalai dlm tanggungjawabku sebagai isteri, Engkau hukumlah aku di dunia, bukan di akhiratMU.
Ya Allah, sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.
Jadikan aku isteri yang disenangi suamiku.
Mudahkan urusanku menjadi isteri yg dirahmati, yg solehah dan yang sentiasa di hati suamiku.
Aminn... " apa yg kita buat semuanya dari hati dan niat. ikhlas niat kita, maka Allah akan permudahkan jalan kita. percayalah pada DIA yg satu. niat kita salah, jahat, niat kita nak wat sesuatu bukan kerana DIA, maka tidak makbul lah doa kita. tak kira mcm mana kita usaha sekali pun. kita hanya mampu merancang, tapi Allah saja yg akan menentukan. aku hanya mampu berserah kerana aku percaya, setiap apa yg berlaku ada hikmahnya.....
......memaafkan segala yg berlaku. namun hatiku telah ku serah padaNYA. wallahualam.
ps :: perasan tak lagu backgroud lagu dah berubah?? ;) ce teka lagu apakah itu..ngee
ps :: terminat lagu dakmie ..."assalamualaikum cinta"... akan ku tuju bila tiba masanya. insyaAllah.. ;)
in mind..
"anak ini kekuatan ku kelak. semoga lahir dia menjadi insan yg berguna, yg beriman..aminn.."








0 comments:
Post a Comment